Selamat Datang!!


S
elamat datang kepada blogger yang sudi menjenguk blog saya...Blog saya akan lebih berfokuskan tentang pembelajaran matematik bagi murid-murid sekolah rendah..alat bantu mengajar serta contoh-contoh aktiviti yang berkaitan konsep matematik...semoga terhibur..

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Dua aktiviti pengajaran yang setiap satunya mempunyai aktiviti untuk murid berpecapaian tinggi dan berpencapaian rendah.


Kemahiran: Menyukat dan Membandingkan Isipadu Cecair
Aktiviti 1: menggunakan Unit-unit Bukan Piawai


Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid boleh menyukat dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan Bantu Mengajar:
Beberapa biji cawan polisterin
Beberapa biji cawan kaca
Beberapa buah botol mineral
Beberapa jag penuh cecair.
Beberapa biji tin minuman
Baldi
Carta

Aktiviti Pengajaran:


1. Set Induksi: Guru menyediakan pelbagai bentuk bekas seperti bekas air, bekas makanan dan sebagainya.
Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang kegunaan bekas-bekas tersebut. Guru mengaitkan bekas-
bekas tersebut dengan tajuk pada hari itu.

Rajah 1: Contoh pelbagai bekas.

2. Guru menjelaskan murid-murid  tentang aktiviti hari itu iaitu bagaimana menyukat sesuatu isipadu cecair itu menggunakan pelbagai bekas. Bekas-bekas yang digunakan ialah beberapa biji cawan polisterin, cawan kaca, dan botol  mineral. Setelah itu murid-murid akan diajar untuk membandingkan isipadu setiap unit bukan piawai  tersebut.

3. Guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair sebuah jag ke dalam beberapa jenis bekas yang   diklasifikasikan sebagai unit bukan piawai. Pertama sekali jag diisi penuh dengan cecair yang berwarna.
Kemudian tuangkan cecair dari jag itu ke dalam cawan polisterin sehingga habis. Rekodkan dalam carta
yang telah disediakan berapakah cawan polisterin yang boleh disi oleh satu jag air tesebut. Guru mengulangi
aktiviti itu dengan botol mineral dan cawan kaca seperti Rajah 2 di bawah.
                                                                      
  Rajah 2: Perbandingan isipadu cecair bagi setiap unit bukan piawai 
                                 Satu jag air boleh mengisi 5 biji penuh cawan polisterin
                                 Satu jag air boleh mengisi 6 biji penuh cawan kaca.
                                 Satu jag cecair boleh mengisi 2 biji penuh botol mineral.

                                                            Carta Perbandingan

Isipadu Cecair
Jenis Bekas ( Unit Bukan Piawai)
Bilangan Yang Boleh Diisi

Satu jag penuh cecair
Cawan Polisterin
5
Cawan Kaca
6
Botol Mineral
2


4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid. Murid-murid diminta untuk menyatakan bekas minuman mana yang boleh mengisi paling banyak isipadu cecair dan bekas yang boleh mengisi isipadu cecair yang sedikit. Semasa ini, tegaskan bahawa bekas-bekas yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair jag itu ialah dinamakan 'unit bukan piawai'. Jelaskan murid-murid bahawa setiap bekas mempunyai isipadu yang berbeza-beza.

5. Guru meminta setiap kumpulan menyusun bekas mengikut susunan menaik (daripada isipadu/kapasiti paling  sedikit kepada isipadu/kapasiti paling besar)



Aktiviti Murid: Murid-murid Berpencapaian Tinggi

1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan berempat. Setiap kumpulan perlu melantik seorang perekod. Kumpulan-kumpulan itu akan diberikan dengan sebuah baldi dan 3 jenis bekas yang berbeza. Bekas-bekas itu terdiri daripada cawan polisterin, tin minuman dan botol mineral. Setiap kumpulan juga akan diberikan satu helaian jadual untuk mengisikan data penemuan mereka. Sila lihat Rajah 3.

Rajah 3
Isipadu Cecair
Yang Disukat
Jenis Bekas ( Unit Bukan Piawai)
Anggaran Bilangan
Bilangan Sebenar

Sebuah Baldi
Cawan Polisterin


Tin Minuman


Botol Mineral




       Sebuah baldi boleh diisi dengan ___________ cawan  polisterin penuh.
Sebuah baldi boleh diisi dengan ___________ tin minuman penuh.

Sebuah baldi boleh diisi dengan ___________ botol mineral penuh.

2. Berdasarkan jadual tersebut, setiap kumpulan diminta untuk membuat anggaran bilangan bekas yang boleh mengisi penuh air ke dalam baldi tersebut. Perekod perlu membuat catatan anggaran yang telah dibincangkan di dalam kumpulan masing-masing

3. Setelah itu, murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mengisi air ke dalam baldi dengan menggunakan bekas yang disediakan di mulakan dengan cawan polisterin.Semua murid diingatkan untuk mengira berapa kalikah bekas itu dapat mengisi penuh baldi tersebut. Setiap satu isian penuh setiap bekas dikra satu kali bilangan. Setelah selesai menggunakan cawan polisterin, ulangi dengan tin minuman dan juga botol mineral. Perekod perlu mencatat setiap bilangan kali bekas itu digunakan.

4. Kemudian, seorang wakil kumpulan akan membuat pembentangan di hadapan. Melalui dapatan itu, guru meminta murid-murid membuat perbandingan antara setiap bekas. Semasa ini, murid telah faham apa tujuan aktiviti itu tadi. Guru perlu menjelaskan bahawa bekas yang mempunyai isipadu atau kapasiti yang paling besar adalah mempunyai bilangan isian yang kurang berbanding dengan bekas yang mempunyai isipadu  atau kapasiti yang kurang yang terpaksa membuat isian yang lebih banyak.

5. Guru mengarahkan murid-murid supaya menyusun isipadu atau kapasiti ketiga-tiga bekas mengikut turutan menaik.


6. Murid-murid diedarkan lembaran kerja dan menyiapkannya dalam waktu yang ditentukan.


Aktiviti Murid: Murid-murid Berpencapaian Rendah

1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan sebiji teko yang mempunyai saiz yang sama . Setiap kumpulan juga akan diberikan bekas-bekas yang berbeza.
Kumpulan 1: Beberapa biji tin minuman
Kumpulan 2: Beberapa  biji cawan polisterin
Kumpulan 3: Beberapa biji botol mineral
Kumpulan 4: Beberapa biji cawan kaca
Rajah 3


2. Setiap kumpulan akan diberikan lembaran tugasan seperti Rajah 3. Berdasarkan lembaran tugasan tersebut setiap kumpulan diminta untuk menyukat berapakah bekas masing-masing yang boleh diisi oleh cecair daripada teko tersebut. Contohnya jika sebanyak 3 tin minuman telah dapat diisi dengan cecair daripada teko itu maka mereka perlu mengisi jadual  dan mewarnakan 3 tin minuman pada lembaran kerja tersebut.

3. Setelah selesai, setiap wakil kumpulan melaporkan dapatan hasil mereka. Melalui perbandingan tersebut guru bertanya kepada murid-murid bekas manakah yang paling banyak diisi dan paling sedikit diisi dengan cecair teko itu. Guru menegaskan bahawa bilangan bekas yang paling banyak diisi dengan air mempunyai isipadu atau kapasiti yang kurang berbanding dengan bilangan bekas yang digunakan paling sedikit untuk mengisi cecair daripada teko tersebut.


4. Arahkan murid untuk menyusun kapasiti atau isipadu bekas itu mengikut turutan menaik.

5. Murid-murid diedarkan lembaran kerja dan menyiapkannya dalam waktu yang ditentukan.
__________________________________________________________

Kemahiran: Menyukat dan Membandingkan Isipadu Cecair
Aktiviti 2: menggunakan Unit-unit Standard Piawai


Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid boleh menyukat dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit-unit standard piawai.

Bahan Bantu Mengajar:
Bekas-bekas yang mempunyai label isipadu
Bikar dan Silinder Penyukat
Beberapa buah tin minuman, jag air, botol minuman, mug, mangkuk
Jag air, cawan polisterin, Jus Ribena, sudu
Lembaran Tugasan

Aktiviti Pengajaran:

1. Set Induksi: Guru menunjukkan beberapa bekas yang mengandungi cecair seperti gambar pada Rajah 4.
Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan isipadu di dalam bekas-bekas tersebut. Guru bertanya murid anggaran isipadu berdasarkan unit bukan piawai yang telah dipelajari sebelum imi.. Sebagai contohnya 'Berapa cawankah isipadu cecair pencuci itu?'. Murid membuat anggaran secara rawak. Guru menjelaskan untuk mendapatkan isipadu yang lebih tepat, mereka perlu menggunakan satu unit yang standard atau piawai. Guru menunjukkan isipadu yang tertulis pada label pencuci itu. Semasa ini guru memperkenalkan unit liter dan mililiter.

Rajah 4

2. Guru menunjukkan beberapa contoh bikar dan silinder penyukat yang telah disediakan. Guru menerangkan bahawa silinder penyukat atau bikar adalah di antara penyukat isipadu yang tepat dan  digunakan secara meluas .
Contoh Bikar dan Silinder Penyukat  


3. Guru menunjukkan air tin minuman. Guru membimbing murid-murid bagaimana menyukat isipadu air tin minuman di dalam bikar penyukat. Seorang murid di panggil untuk menuangkan air tin ke dalam bikar penyukat. Murid itu dibimbing untuk membaca senggatan daripada bawah ke atas dimana air tin  itu berada.
Contoh : Air tin minuman itu hampir kepada 1 liter. Ulang dengan isipadu cecair dalam bekas-bekas yang lain.

4. Guru menjelaskan bahawa setiap isipadu cecair itu dapat disukat dengan tepat jika menggunakan alatan penyukat yang betul. Bacaan dilakukan ketika mata kita berada selaras dengan isipadu cecair tersebut.



Aktiviti Murid: Murid-murid Berpencapaian Tinggi

1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan berempat. Mereka diberikan satu bikar berkapasiti 3 liter.Mereka juga diberikan sebuah jag , mug, dan mangkuk besar.

2. Mereka diberi lembaran tugasan dan perlu mengisi serta menjawab soalan di dalamnya. Guru membimbing setiap kumpulan menuang air dan menyukat isipadu  dan menggunakan istilah hampir atau kurang jika isipadu didapati tidak tepat pada senggatan bacaan.

Jenis Bekas 
Isipadu yang disukat
Jag
 1 liter 
Mug besar
Kurang daripada 1 liter
Mangkuk besar
hampir 2 liter

Isipadu bekas yang paling besar ialah_____________.
Isipadu bekas yang paling kecil ialah___________.


3. Melalui dapatan itu, guru dan murid berbincang mengenai bekas yang mempunyai isipadu atau kapasiti yang lebih besar, sederhana dan paling sedikit. Arahkan setiap kumpulan menyusun bekas itu mengikut susunan isipadu daripada kecil kepada besar ( menyerapkan konsep seriasi).



Aktiviti Murid: Murid-murid Berpencapaian Rendah


1. Guru menyediakan satu permainan kepada murid-murid yang bertajuk 'Membancuh Air Di Dapur'. Sebelum itu murid-murid dibahagikan dalam kumpulan berempat. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan dan alatan seperti sebuah jag yang mempunyai bacaan isipadu dalam unit liter, sebatang sudu, beberapa cawan polisterin, sedikit jus ribena, sedikit gula dan air masak. Aktiviti ini memberi peluang untuk murid-murid merasai bagaimana untuk membancuh air bagi tetamu yang datang ke rumah.

2. Guru mengingatkan supaya mereka bekerjasama dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti. Mula-mula setiap kumpulan  perlu menuangkan jus ribena ke dalam jag. Masukkan sedikit air dahulu diikuti dengan sedikit gula dan kacau hingga larut. Kemudian guru meminta agar setiap kumpulan menyukat air tersebut hingga 1 liter dengan menuangkan air masak itu sedikit demi sedikit.

3. Guru akan memeriksa sama ada sukatan air itu tepat dengan bacaan 1 liter. Semasa ini murid-murid telah belajar cara menyukat dengan betul. Kemudian guru meminta murid menuangkan air daripada jag tersebut ke dalam cawan-cawan polisterin yang disediakan. Setelah selesai setiap ahli kumpulan diminta untuk mengira berapa cawan polisterinkah yang dapat diisi dengan kandungan  1 liter air tersebut.

4. Melalui dapatan itu, murid-murid boleh menyatakan bahawa 1 liter air tersebut boleh mengisi 5 cawan polisterin (sebagai contoh).

5. Kemudian murid-murid dibenarkan minum air tersebut.


6. Selepas itu, murid-murid diedarkan lembaran kerja dan menyiapkannya dalam waktu yang ditentukan.