Selamat Datang!!


S
elamat datang kepada blogger yang sudi menjenguk blog saya...Blog saya akan lebih berfokuskan tentang pembelajaran matematik bagi murid-murid sekolah rendah..alat bantu mengajar serta contoh-contoh aktiviti yang berkaitan konsep matematik...semoga terhibur..

Penghargaan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
      Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Teaching In Mathematics Year 2 (HBMT2103)  pada kali ini.

      Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka yang  sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester September 2010 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

      Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Encik Sek Yong Wee. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.