Selamat Datang!!


S
elamat datang kepada blogger yang sudi menjenguk blog saya...Blog saya akan lebih berfokuskan tentang pembelajaran matematik bagi murid-murid sekolah rendah..alat bantu mengajar serta contoh-contoh aktiviti yang berkaitan konsep matematik...semoga terhibur..

Pengenalan

Isipadu Cecair 


      Isipadu cecair merupakan salah satu topik yang di ajar dalam matapelajaran matematik di sekolah rendah di Malaysia. Isipadu cecair menerangkan tentang konsep ruang yang diisi dalam sesuatu bekas dengan menggunakan cecair sebagai bahan untuk dijadikan sukatan. Unit standard piawai yang di ajar di sekolah rendah bagi menyukat isipadu cecair ialah liter dan mililiter Untuk isipadu cecair tahun 2, murid-murid akan mempelajari kemahiran seperti membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti, menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai, dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit standard piawai. Sukatan isipadu diajar kepada murid supaya murid tahu apa yang mereka sukat. Ketika ini murid-murid telah boleh membuat perbandingan antara isipadu yang penuh, separuh penuh dan kosong. Melalui perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkatkan kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malah mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dinamakan pra-pengukuran,  disebabkan ia tidak melibatkan nombor.
      Isipadu cecair adalah sangat berkaitan dalam kehidupan mereka seharian. Sebagai contoh, berapa gelas mereka minum air setiap hari, berapa baldi air mereka mandi setiap pagi dan petang, berapa liter air digunakan untuk memasak dan sebagainya. Begitu juga dalam urusan jual beli penggunaan sukatan isipadu cecair adalah penting seperti untuk barangan seperti botol minuman, cecair sabun, cecair pencuci, minyak masak, minyak petrol yang memerlukan kemahiran dalam konsep isipadu cecair. Tidak hairanlah jika kita katakan bahawa murid-murid sudah ada pengetahuan sedia ada dalam konsep ini.sebelum mereka mempelajarinya secara langsung di sekolah.

Di bawah adalah contoh-contoh alat penyukat yang mempunyai unit standard piawai liter dan mililiter.