Pembelajaran matematik merupakan suatu pembelajaran yang sangat menarik kepada kanak-kanak jika diajar dengan kaedah dan teknik yang berkesan oleh guru. Mempelajari matematik adalah bukan sekadar mempelajari konsep berkaitannya malahan merentasi alam kehidupan individu itu sendiri. Alam kehidupan ini memerlukan matematik untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah. Sebagai contoh, matematik digunakan untuk mengukur keluasan bumi, mengukur isipadu air lautan, mengukur jarak dari suatu tempat ke suatu tempat, menyatakan masa dan waktu, melibatkan penggunaan wang, dan pelbagai lagi. Sehingga jika seseorang ingin memasak atau membuat kuih juga memerlukan pengiraan matematik bagi mengetahui sukatan bahan-bahan untuk membuatnya.
Dalam mengajar isipadu cecair tahun dua ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik agar konsep yang disampaikan kepada murid-murid dapat mencapai objektif yang diingini oleh guru itu sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik dapat mencuri tumpuan murid-murid supaya tidak leka dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu minda mereka. Di zaman ini, adalah perlu sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu diselitkan dengan aktiviti yang melibatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Tambahan pula sekarang ini, perisian-perisian pembelajaran khususnya matematik sudah terlalu banyak dihasilkan dan boleh diguna pakai oleh guru-guru era ini. Kemudahan internet yang semakin canggih juga memudahkan guru-guru mencari bahan-bahan pembelajaran dan boleh memuat turun pelbagai perisian-perisian pembelajaran di internet.Ternyata mengajar pada era teknologi terkini telah memberi manfaat serta memudahkan guru untuk bersedia dengan lebih rapi sebelum mengajar di dalam kelas dan berhadapan dengan kanak-kanak yang begitu terkehadapan sekarang. Namun apa yang penting itu terpulang kepada keinginan guru sendiri.
Diharap apa yang telah dipaparkan di dalam blog ini dapat memenuhi kehendak tugasan pada kali ini. Yang baik datang daripada ALLAH (SWT) dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya sudahi dengan ucapan wassalam...
Sememangnya matematik adalah suatu subjek yang amat menyeronokkan...Terutamanya apabila ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian...Semoga blog ini dapat memberi sedikit info berguna pada anda semua....